Bunyi muzik dari live band kedengaran, membuai telinga Julia yang sedang dia makan malam di The Mix, Holiday Inn Glenmarie. Dia ke sini pun atas undangan rakan lama yang tinggal di Johor, datang ke sini atas urusan kerja. Kalau tak, baik dia balik terus ke rumah. Penat juga.
"You makan salad je, Juju? Diet ke? You kan dah slim." tegur Noryn.
"Diet apa. I makan bubur nasi tengah hari tadi. Sampai sekarang kenyang."
Noryn letak sudu garfunya yang tadi rancak mencedok spirali dari pinggan ke mulut. "You ni kenapa? Dari tadi lagi I nampak you macam resah. Pasal cinta eh? You dah ada boyfriend tapi tak bagitau I."
"Ish mana ada. I..I..."
Ish. Takkan nak bagitau si Noryn ni aku risau pasal puasa? Tak pasal nanti kena gelak. Tadi dah kena tazkirah lepas lunch. Tajuknya 'Kalu Kite Dok Ganti Puase, Kite Hutang Dengang Tuhang" yang disampaikan oleh Ustazah Kak Lina.
Noryn yang bermata hijau contact lense itu sentuh tangan Julia. "Okey. Kalau you rasa sedih, esok malam kita keluar. Kita pergi clubbing nak? Kursus I habis pukul 5.30. You tak payah balik rumah. You bawa baju siap-siap, lepas kerja you datang sini. Mandi kat bilik I, ok?"
"Tengoklah. Kalau I ada masa ok?"
*****
Kembali ke apartmen Juju, sedang dia lipat baju, handphone berbunyi. Caller ID tertulis 'Mama'. Terbayang wajah tegas To' Puan Norehan. Cepat-cepat dia jawab.
Rupanya mama telefon untuk beritahu yang tahun ini dia dan abah akan ke Mekah menunaikan umrah sepanjang Ramadhan. Mungkin beraya di sana. Suara mama kedengaran gembira. Kemudian suara abah pula kedengaran menyampuk.
"Bilanya abah dengan mama pergi?"
"Jumaat ni, the day before Ramadhan. You will be there, kan Juju?"
Diam. Juju hela nafas. Memang betul dia nak jumpa mama dan abah. Dia rindu. Tapi orang itu mesti ada sekali.
"Entah mama..."
"Please, Juju?"

..bersambung...