17.3.11

Luna 2

Kapten Megat Zain Azrai memandu pulang ke Bangsar dari KLIA setelah penat bertugas sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan tempatan. Tak sabar dia nak bercuti selama seminggu. Mujur cutinya diluluskan. Dia memang perlu lari dari kerja sebentar sebab dah lama dia tak dapat luangkan masa dengan keluarganya. Terutamanya si Soraya yang berumur tiga tahun lebih.
Sampai di rumah semi D nombor 5 di Bangsar South, dia membelok ke porch. Pulangnya disambut kucing-kucing kesayangan yang mengiau dari dalam sangkar. Seekor Himalayan bernama Kullu dan seekor lagi British Shorthair warna kebiruan dipanggil Alfred.
“Hello Kullu, Fred. How do you do? Miss me, hm?” dia buka sangkar dan bermain-main dengan kedua-dua ekor kesayangannya itu.
Zain tengok keliling. Kereta Mini Cooper emaknya tiada. Mungkin masih di kelas agama di Desa Sri Hartamas pagi-pagi begini. Lexus RX ayah haruslah di pejabat.
Baguslah. Boleh tidur tanpa gangguan. Ah penatnya lepas terbang dari Azerbaijan.
Dia naik ke bilik. Lepas memecat uniform dan memakai seluar pendek, Zain merebahkan diri ke katil. Baru saja dia nak lelap, telefon bimbitnya dah menyanyi lagu Right Round.
Natasha calling…
Dengan malas dia menyambut panggilan tersebut.
“Hello. I mengantuk, I nak rehat la Tash. Boleh tak you call petang karang ke?”
“Ala you ni sesekali I call pun tak boleh.” Suara halus di hujung talian semacam merajuk. “Dahlah nak jumpa pun payah.”
Zain menghela nafas. “Hm…kenapa?”
“Salah ke I call tanya khabar lelaki yang I sayang?”
Aku dah jawab dah pun tadi kan?
“Lagi?” Jam Sotirio Bvlgari dengan kemasan platinum di pergelangan tangan ditanggalkan dan diletak ke meja sisi.
“Esok kita jumpa nak? I nak pergi spa. Kawan-kawan I semua dah try spa tu, okey?”
Zain picit dahi. Kalaulah dia tahu Natasha menjengkelkan macam ni sumpah dia tak ingin bertemankan model jenama pakaian haute couture terkenal tempatan itu. Baik dia sendirian lebih bagus.
“Okey. Jumpa you pukul 11. I ambil you kat rumah.”
“Ala pukul 9 la. Okey sayang?”
“Okeeey…”
Terus telefon bimbit itu dimatikan terus. Sebiji bantal ditekup ke matanya.
Okeylah dunia. Tidur dulu.
######

Soraya masuk ke rumah dengan menggendong beg Hello Kitty merah jambu, diikuti neneknya yang lengkap berjubah hitam dengan tudung warna sedondon. Cucu Datin Tengku Hanum itu terus masuk ke dapur dan membuka peti ais. Sebotol susu perisa strawberi dikeluarkan dan berlari semula mendapatkan neneknya.
“Tok Ma, bukak plish.”
Datin Tengku Hanum mengambil botol itu dari tangan Soraya dan membukakan penutup aluminium.
“Meh Tok Ma rasa dulu, kot-kot basi,” saja wanita berusia tengah 50an itu cakap sebelum meminum susu itu hampir suku botol.
“Ala, Tok Ma tipu Aya…”
Datin Tengku Hanum ketawa melihat muka cucu sulungnya berubah masam. Soraya budak yang bijak dan petah bercakap. Anak kecil itu juga manja dengan Zain.
Eh Zain! Kereta ada kat luar. Tapi senyap je. Selalunya melalak dengan lagu-lagu jazz.
“Tok Ma, mana In?”
“Bukan In la Aya. Uchu.”
“Uchu mana?”
Wanita itu pandang ke tingkat atas. “Dalam bilik dia kot. Dia tidur kot, Aya. Jangan kacau Uchu ye, dia penat baru balik kerja. Jom ikut Tok Ma masak.”
“Okey.”
Tak sampai lima minit berada di dapur, Soraya berlari naik ke tingkat atas dan membuka pintu bilik Zain. Terus dia lompat ke atas katil Zain tapi melihat Zain tidur lena, Soraya berbaring di sebelah.
“Tido…baby tido…” dia tepuk-tepuk lengan Zain.
“WAAAARGHH! Baby tak tidur, baby serang Soraya!!” Zain bangun secara mengejut dan memeluk anak saudaranya itu.
Terkekeh-kekeh budak itu ketawa disakat begitu. “Uchu ni! Geli!”
Reda tawa mereka, Zain mendukung Soraya ke tingkat bawah. “Mak, baru balik ke?”
“Ye. Lewat sikit sebab ajak ustazah tu makan. Zain balik pukul berapa?”
“Tadi pukul 10 lebih sampai.”
“Ni balik berapa lama pulak ni?”
“Seminggu. Zain minta cuti.”
Datin Tengku Hanum senyum. “Boleh mak bawa Zain jumpa Zalinda.”
“Mak please. Kita dah bincang kan?” Soraya diletak ke bawah. “I’m so not ready.”
“Sampai bila lah Zain nak membujang? Mak tak berkenan langsung dengan Natasha tu.”
Zain pun, mak. Jangan risau.
“Sampai bidadari turun dari kayangan lah.”


...BERSAMBUNG LAH...

2 comments:

WITHOUT A SOUND said...

nak lagi..^^
next2 plzzz

Cik Anon said...

without a sound: okey2 akan datang :D

Ce Komen. Ce Komen.