22.5.11

Luna 6

Zain berkemban dengan tuala depan cermin. Abdomennya yang timbul six pax itu ditenung bangga. Masih basah. Sengaja dia biarkan begitu. Dia suka kalau dia anginkan badan instead of lap. Lagipun lebih elok buat macam tu sebelum pakai losyen supaya lebih melembapkan.



Sesiapa yang kenal Zain tahu macam mana Zain bersiap walaupun untuk tidur malam. Dibelek dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dilumur segala macam krim. Untuk mukalah, untuk badanlah, untuk kakilah. Ada orang panggil dia metrosexual tapi tu macam tak tepat sangat. Jadi beberapa kawan rapat gelarkan Zain ubersexual pula. Tapi yang tak sedap nak dengar ada juga yang tuduh dia gay sebab ini.

Apa? Tak boleh ke nak jaga diri sendiri kasi kacak? 

Tabiat ini bermula bila dia start membuat penerbangan antarabangsa. Yalah, negara orang tak sama dengan Malaysia. Perubahan cuaca yang mendadak memang bagi kesan yang ketara. Mula-mula bibir saja pecah. Lama-lama kulit jadi kering pula. Jadi beberapa kawan syorkan produk. Dan Natasha pula selalu ajak ke spa.

Except for few days ago, hari yang janji nak pergi spa tapi tak jadi tu.  Merajuk Natasha dibuat macam tu. Sejak tu perempuan tu langsung tak call atau SMS. Zain biarkan saja. Malas sungguh kalau bab memujuk ni. Tak reti.

Ketukan di pintu kedengaran. "Zain, siap dah? Cepat sikit, mak nak singgah beli buah tangan untuk Cik Ju."

"Okey mak. Jap,"

Sebelas minit dan dua puluh tiga saat kemudian Zain muncul dari atas. Wanginya bukan main. Manalah gadis tak tergoda.

"Cik Ju kat hospital mana, ayah?" tanya Zain kepada ayahnya yang susah payah cuba berdiri menggunakan
 tongkat.

Ayahnya, walaupun belum tua sangat lagi tapi kecederaan yang dialami sewaktu bekerja sepuluh tahun dulu menyebabkan tisu pahanya koyak memberi kesan sampai ke hari ini. Jurutera dan ahli perniagaan itu bersuara perlahan.

"Pantai Hospital. Sejak bila Zain jadi taukeh kilang minyak wangi ni?"

Datin Tengku Hanum sengih.

"Macam awak dululah." perli Datin Tengku Hanum kembali.

######

Cik Ju saudara-mara mak. Entah berapa pupu Zain tak tahu. Yang pasti selalu juga mak dan ayah berkunjung ke rumah Cik Ju dulu. Zain pun dah tak berapa nak ingat. Cik Ju ditahan kerana denggi.

Zain benci sungguh kalau ke hospital. Masa kecil-kecil dulu dia sanggup tahan nafas sebab tak suka bau ubat. Kalau dia bernafas pun dia tak telan air liur. Takut jangkitan katanya. Sekarang taklah macam tu tapi suasana suram hospital membuatkan dia kurang senang. Teringat drama bersiri Kingdom Hospital yang ditonton dulu. 


"Ah, lama Cik Ju tak tengok Zain. Hensemnya dia Kak Hanum." puji Cik Ju.

Ish mak cik ni. Sakit terbaring pun boleh lagi kipas-kipas aku. Alahai. 

Zain buat muka selamba badak dia. Biasalah tu. Setakat kena puji. Belum lagi ke peringkat suruh anak perempuan datang layan makan minum. Pernah jadi juga tu dulu. 

Katil sebelah Cik Ju kosong. Tapi buku-buku cerita banyak yang bersepah atas katil. Tag nama di dinding atas kepala katil tertulis Luna Munirah Munawar. Ada satu novel yang menarik perhatian Zain di samping novel berjudul How To Kill Your Husband iaitu novel lama bertajuk The Life and Crimes of Charles Sobhaj. 

"Budak tu ulat buku. Tiap-tiap hari boleh habis baca dua buah. Katanya bosan kat hospital ni." cerita Cik Ju tanpa dipinta. "Kesian. Muda lagi budaknya dah sakit macam-macam."

"Ye?" Tangan Zain dah mencapai buku tersebut. Sedang syok belek-belek, pintu wad terbuka. Seorang gadis bertudung awning warna hitam ditolak masuk pakai kerusi roda oleh nurse. 

"Eh, sorry." Zain letak kembali novel itu ke atas katil. 

Gadis itu geleng. "Takpe, takpe. Bacalah. Dah khatam 3 kali dah pun. Nak pinjam bawak balik rumah pun okey je. Syarat kena pulangkan balik."

Zain sengih. "Boleh ke ni?"

"Hmm." Gadis itu bangun dari kerusi roda dan berterima kasih kepada nurse sebelum naik ke katil. "Sorry eh. sakit sikit."

"Eh. Saya yang patut sorry. Kacau je. Er..saya pinjam eh. Nanti saya pulangkan."

"Yelah."

Zain sengih.

1 comment:

charmaine sufiyah said...

awkward. jumpa kat hospital. heh.

Ce Komen. Ce Komen.