7.3.11

Luna 1

Pagi-pagi Luna bermula awal. Dia akan bangun jam 6 pagi dan mandi sebelum solat Subuh. Lepas tu berebut sterika dengan adiknya Laila yang nak ke sekolah. Setiap hari juga mereka dibebel oleh Puan Eileen sebab tak gosok baju awal-awal. Sambil membebel itu sempat juga wanita berusia hujung 40an itu lambakkan sepasang bajunya untuk digosok sekali.
Luna baru saja graduate dari sebuah IPT, kursus Seni Kulinari. Selepas membuat keputusan tak mahu bekerja di hotel, dia buka kafe di spa milik mamanya, Puri Belayu. Sebab dah bergelumang dengan dunia masakan sejak kecil Luna dah terbiasa dengan kerja-kerja di dapur. Tak payah gajikan pekerja ramai-ramai, Luna boleh uruskan kafe itu dengan seorang pembantu. Dia juga dah masak sangat dengan perangai manusia yang pelbagai. Dari semesra VVIP sampailah ke sesombong pramugari Luna dah pernah layan.


 
“Hey hey mimpi siang ke? Laila pun nak guna jugak sterika tu, wahai kakak kesayanganku.”
“Alah kau ni, sesekali nak berangan.” Luna sudahkan menggosok tudung hitamnya sebelum meninggalkan bilik yang digunakan untuk mendobi pakaian mereka sekeluarga.  
Uniform chef warna hitam jalur putih halus dengan seluar dan tudung warna sama dipakai kemas. Tak lupa juga tag nama warna emas bertulis Luna Munirah yang disemat ke dada kiri. Selepas mengenakan mekap ala kadar dan menyembur sedikit wangian Laura Mercier Crème Brulee hadiah mama tahun lepas, Luna turun ke dapur. Rutin paginya ialah minum air suam dua gelas dan sebiji pisang. Sejak dia habis belajar dia dah gemuk, dengan tinggi 163cm dah berat 95kg. Jadi kenalah dia turunkan beratnya dengan mengamalkan diet yang betul. 
Macam mana nak kurus kalau asyik melantak makanan manis-manis?
Lepas ambil kunci Viva, Luna minta diri untuk ke spa dulu. Tugasnya ialah buka spa. Mamanya akan ke spa kemudian.

Idea untuk buat kafe ini datang bila papanya sendiri merungut bila menemani mama melawat ke spa-spa lain. Kata papa, tak ada ruang untuk sesiapa yang menemani pelanggan. Jadi hari tu papa terpaksa balik ke rumah dulu sementara tunggu mama yang membuat rawatan.
Banglo gaya Bali di Kampung Sungai Penchala yang dijadikan Spa Puri Belayu itu indah berdiri. Lamannya dipenuhi pokok-pokok rendang. Ada sebuah kolam renang di belakang, dekat dengan kafe Luna yang dinamakan dengan namanya. Jam 8 pagi. Sesudah Luna buka semua lampu dan aircond dalam spa dia kembali ke kafe. Seorang demi seorang pekerja spa sampai.
“Lunaaaa!”
Termasuk Kak Suzana yang digelar Facebook kerana menjadi sumber gosip. Suzana berusia 36 tahun itu bermekap tebal dengan signature anting-anting corak bibir dihiasi batu delima. Dia yang bekerja di front office memakai kemeja korporat warna hijau lumut bersama blazer hitam.
“Nah, ban tuna.” Luna hulurkan sebiji ban berbalut plastik dari bawah kaunter.
“Terima kasih. Kau kan bagus betullah Luna. Masak sedap, pemurah pulak tu. nanti akak iklankan pasal kau kat customer hensem ye.” Suzana tersengih sambil kecur liur melihat ban kegemarannya.
“Je? Dua ringgit setengah.”
Satu tamparan manja Suzana lepaskan pada bahu Luna. Macam tak faham pula. Hujung bulan nanti dibayarlah!
“Thanks. Akak ke depan dulu ye.”
Spa memulakan operasi jam 9 pagi. Puan Eileen sampai lima belas minit sebelum tu dan memeriksa kekemasan pekerja-pekerjanya. Semua kena berbaris dan tunjuk kuku. Wanita yang tegas itu juga memeriksa kekemasan uniform, rambut serta mekap mereka. Sesudah berpuas hati barulah dia masuk ke pejabat di tingkat atas.
Macam hari-hari sebelumnya Luna serta pekerjanya Tiha sediakan tat telur pada jam 9 pagi. Tat telur tak boleh dibuat awal macam ban dan kek. Ada pengunjung yang datang ke Puri Belayu semata-mata nak makan tat telur buatan Luna. Macam Datuk Hassan playboy tua yang hampir setiap minggu berkunjung ke sini. Hari Isnin dengan isteri. Hari Rabu dengan teman wanita yang bernama Jenny, dan Khamis dengan Lorna.
Jagra de Ovos a.k.a Potuguese Egg Tart
Selain roti ban dan tat telur, Kafe Luna menyediakan teh-teh herba, makanan ringan macam salad dan buah-buahan dan pada waktu makan tengahari pula ada pasta ringkas., sup berempah dan dessert yogurt. Semuanya disediakan sendiri oleh Luna. Gadis itu akan pastikan setiap makanannya rendah lemak dan kalori.
Alamak. Hari ni la Isnin.
“Hai, kejap lagi buaya tua tu datanglah.” Kata Tiha yang selalu jadi usikan Datuk Hassan sebab dialah yang duduk di kaunter kafe. “Entah apa pulak modal dia nak mengusik aku.”
Luna sengih. “Buat biasa sudahlah. Dia tu memang suka mengusik agaknya. Mungkin sebab tu ramai perempuan nakkan dia.”
Selain dari faktor dia banyak duit dan dia dah tua ganyut. Ish, bagilah aku sejuta pun aku tak ingin. Eew.
“Luna…kau jelah duduk kaunter. Please?” Tiha dah start buat mata puppy dia tu. “Aku dah muak dah dengar ayat-ayat cinta dia tu.”
“Okey. Aku potong gaji kau 5% sebagai upah. Boleh?” Sengih Luna lebar.
“Ish berkira punya bos! Okeyla potonglah kalau tu jadi taruhannya. Asal aku tak berdepan dengan buaya tua liat tu.”
Alamak! Serius je bunyinya. Okeylah, kali ni aku tolonglah…lain kali kalau minah ni suruh aku buat lagi betul-betul aku potong gaji. Hemph!                                                                                                                             
“Oh lupa pulak pasang lagu.” Luna buka Media Player di PC kaunter yang menagndungi muzik jazz berentak perlahan untuk menimbulkan suasana relaks.

######

“Mana Fatiha? You siapa? I nak jumpa Fatiha. Fatiha darling! Fatiha!” Datuk Hassan jenguk-jenguk ke dalam dapur sementara Tiha menyorok belakang partition.
“Datuk, dia cuti hari ni. Saya yang ganti dia.” Luna rasa nak tikam saja orang tua ni dengan spatula plastik.
Tak faham bahasa ke? Nak aku cakap dengan penyepak pulak?
“You? Heh tak selera la nak makan kat kafe ni. Not my taste…”
Bulat mata Luna mendengarnya. Terasa nak saja tolak orang tua tak sedar diri tu ke kolam. Dia harap juga orang tua tu tak tahu berenang. Biar awal sikit mampus. Kurang sikit dosa dibuatnya.
Dia melihat saja Datuk Hassan meninggalkan kafe dan masuk semula ke dalam spa. Tiha yang sembunyi dari tadi keluar tersengih-sengih.
“Aku potong gaji kau 30%.”
“Lunaaaa!!”
Tengah hari tu Luna lepak lama dalam tandas. Dia belek diri di cermin sambil-sambil betulkan tudung.
Gemuk sangat ke aku ni? Macam okey je. Taklah…
Lemak di pinggang dicubit.
Ha ah la. Gemuknya! Apa nak buat ni?
“Tilik lemak ke Luna? Kau tu gemuk. Tak payah tilik lemaklah. Cermin pun nak pecah tak nak tengok kau tahu?” Kata Sherry yang baru masuk ke tandas.
Kurang ajar la tuh. Mentang-mentang body macam papan lapis. Ish..makin kecik pulak aku nampak Sherry ni!
Pintu kubikel tandas terbuka. Suzana keluar dari situ dan membasuh tangan. Terus Suzana buka mulut.
“Eh Sherry, kat sini takde ruang untuk kita hina sesama pekerja tau. Kau ingat kau hebat sangat ke jadi kurus? Kau tu trainee, jaga sikit mulut. Tak pasal kena pecat nanti.”
 Sherry muncung. Tahu pun. Bila bercakap tak agak-agak. Padahal dia bukan pekerja tetap. Dia cuma pelatih dari sebuah institut latihan saja. Gadis itu berlalu keluar dari tandas.
“Kau sabar je Luna. Orang macam tu takkan lama. Asyik komen orang je. Kelemahan sendiri bersepah. Ah kau tak gemuklah. Kau tinggi, takpe. Tapi akak rasa kan kalau kau kurus sket dah boleh jadi model dah.”
“Kurus ye? Dua tahun sebelum saya kahwin nanti saya kuruskan badan okey? Which means tak tahu bila dan tak tahu dengan siapa sebab macamlah ada lelaki yang suka perempuan badan besar. Haih.”
“Er…okeylah akak keluar dulu.”
“Akak jangan retweet apa saya cakap ni pulak.”
“Eh…tak..tak.” Suzana berlalu pergi. Cakap Luna tu bagai ugutan kerana Luna anak tauke spa tempat dia cari makan ini. 



....bersambung.....

6 comments:

Anonymous said...

takleh post komen? testing~

charmaine sufiyah said...

boleh!

aina safi said...

huhu...boleh pun...=.=

Afiqahai said...

kesian luna...:(

Dr.LoVe said...

best lah cerita ni....

Cik Anon said...

ruki: yay!

nurafiqah: ye ye ye...

Dr.LoVe: thank you :D

Ce Komen. Ce Komen.