10.2.12

Luna 7


Luna pandang sepi pada air kanji yang dihidang dalam mangkuk. Dia telan liur. Tertulis di kepala katilnya Restricted Diet: Liquid Only. Doktor masih lagi merawat penyakitnya yang makin hari makin sakit pula dia rasa.

Ke nak aku bayar lebih?

Keluhan Luna didengari mak cik katil sebelah yang dipanggil Cik Ju yang masuk sehari lepas Luna masuk. Cik Ju bukan sakit apa pun, katanya. Saja mahu rehat di hospital. Tak faham betul.

“Bosan kan tak boleh makan?”

Luna angguk. “Once I wished I don’t have to eat. Nak kurus.”

Cik Ju letak majalah di atas ribanya. “Ha, itulah salah konsep. Diet tu, bukan bermaksud kita tak makan. Tapi bermaksud makan makanan seimbang, dengan kuantiti yang cukup je. Lepas tu, gaya hidup pun kena lah tukar. Kena senam.”

“Hmmmmm...nak buat macam mana. Sendiri masak, sendiri makan.”

Masak sedap pulak tu! Tambah Luna dalam hati.

“Pandai masak ke? Eh bolehlah jadi menantu sedara Cik Ju. Ingat kan semalam yang datang lawat Cik Ju tu, hui...segak kan?”

Ni kalau bukan dia orang tua, mau aku baling buku ni.

“Ala Cik Ju, mana ada lelaki nak kat orang saiz saya ni. Lagipun, ni kan zaman Mukabuku, mana ada lelaki setia. Tambahpulak yang hensem macam tu. Saya takmo hati saya nanti diperkotak-katikkan.”

Cik Ju, dengan bibir merahnya walaupun kurang sihat, menjuih. “Uhmm..tak kenal maka tak cinta.”




ps: alah sorry pendek. haha.

No comments:

Ce Komen. Ce Komen.