Showing posts with label Luna. Show all posts
Showing posts with label Luna. Show all posts

22.5.11

Luna 6

Zain berkemban dengan tuala depan cermin. Abdomennya yang timbul six pax itu ditenung bangga. Masih basah. Sengaja dia biarkan begitu. Dia suka kalau dia anginkan badan instead of lap. Lagipun lebih elok buat macam tu sebelum pakai losyen supaya lebih melembapkan.



Sesiapa yang kenal Zain tahu macam mana Zain bersiap walaupun untuk tidur malam. Dibelek dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dilumur segala macam krim. Untuk mukalah, untuk badanlah, untuk kakilah. Ada orang panggil dia metrosexual tapi tu macam tak tepat sangat. Jadi beberapa kawan rapat gelarkan Zain ubersexual pula. Tapi yang tak sedap nak dengar ada juga yang tuduh dia gay sebab ini.

Apa? Tak boleh ke nak jaga diri sendiri kasi kacak? 

Tabiat ini bermula bila dia start membuat penerbangan antarabangsa. Yalah, negara orang tak sama dengan Malaysia. Perubahan cuaca yang mendadak memang bagi kesan yang ketara. Mula-mula bibir saja pecah. Lama-lama kulit jadi kering pula. Jadi beberapa kawan syorkan produk. Dan Natasha pula selalu ajak ke spa.

Except for few days ago, hari yang janji nak pergi spa tapi tak jadi tu.  Merajuk Natasha dibuat macam tu. Sejak tu perempuan tu langsung tak call atau SMS. Zain biarkan saja. Malas sungguh kalau bab memujuk ni. Tak reti.

Ketukan di pintu kedengaran. "Zain, siap dah? Cepat sikit, mak nak singgah beli buah tangan untuk Cik Ju."

"Okey mak. Jap,"

Sebelas minit dan dua puluh tiga saat kemudian Zain muncul dari atas. Wanginya bukan main. Manalah gadis tak tergoda.

"Cik Ju kat hospital mana, ayah?" tanya Zain kepada ayahnya yang susah payah cuba berdiri menggunakan
 tongkat.

Ayahnya, walaupun belum tua sangat lagi tapi kecederaan yang dialami sewaktu bekerja sepuluh tahun dulu menyebabkan tisu pahanya koyak memberi kesan sampai ke hari ini. Jurutera dan ahli perniagaan itu bersuara perlahan.

"Pantai Hospital. Sejak bila Zain jadi taukeh kilang minyak wangi ni?"

Datin Tengku Hanum sengih.

"Macam awak dululah." perli Datin Tengku Hanum kembali.

######

Cik Ju saudara-mara mak. Entah berapa pupu Zain tak tahu. Yang pasti selalu juga mak dan ayah berkunjung ke rumah Cik Ju dulu. Zain pun dah tak berapa nak ingat. Cik Ju ditahan kerana denggi.

Zain benci sungguh kalau ke hospital. Masa kecil-kecil dulu dia sanggup tahan nafas sebab tak suka bau ubat. Kalau dia bernafas pun dia tak telan air liur. Takut jangkitan katanya. Sekarang taklah macam tu tapi suasana suram hospital membuatkan dia kurang senang. Teringat drama bersiri Kingdom Hospital yang ditonton dulu. 


"Ah, lama Cik Ju tak tengok Zain. Hensemnya dia Kak Hanum." puji Cik Ju.

Ish mak cik ni. Sakit terbaring pun boleh lagi kipas-kipas aku. Alahai. 

Zain buat muka selamba badak dia. Biasalah tu. Setakat kena puji. Belum lagi ke peringkat suruh anak perempuan datang layan makan minum. Pernah jadi juga tu dulu. 

Katil sebelah Cik Ju kosong. Tapi buku-buku cerita banyak yang bersepah atas katil. Tag nama di dinding atas kepala katil tertulis Luna Munirah Munawar. Ada satu novel yang menarik perhatian Zain di samping novel berjudul How To Kill Your Husband iaitu novel lama bertajuk The Life and Crimes of Charles Sobhaj. 

"Budak tu ulat buku. Tiap-tiap hari boleh habis baca dua buah. Katanya bosan kat hospital ni." cerita Cik Ju tanpa dipinta. "Kesian. Muda lagi budaknya dah sakit macam-macam."

"Ye?" Tangan Zain dah mencapai buku tersebut. Sedang syok belek-belek, pintu wad terbuka. Seorang gadis bertudung awning warna hitam ditolak masuk pakai kerusi roda oleh nurse. 

"Eh, sorry." Zain letak kembali novel itu ke atas katil. 

Gadis itu geleng. "Takpe, takpe. Bacalah. Dah khatam 3 kali dah pun. Nak pinjam bawak balik rumah pun okey je. Syarat kena pulangkan balik."

Zain sengih. "Boleh ke ni?"

"Hmm." Gadis itu bangun dari kerusi roda dan berterima kasih kepada nurse sebelum naik ke katil. "Sorry eh. sakit sikit."

"Eh. Saya yang patut sorry. Kacau je. Er..saya pinjam eh. Nanti saya pulangkan."

"Yelah."

Zain sengih.

4.5.11

Luna 5


Pagi itu Luna diberi makan roti dengan susu saja, beserta ubat yang diletakkan sekali dalam dulang. Pn. Eileen datang sebentar menjenguk anak sulungnya itu. Wanita itu membawa pakaian, telefon bimbit dan beberapa buah buku kegemaran Luna, kebanyakannya karya Kathy Lette.
“Tak sedap.” Jelir Luna selepas menelan roti yang dicicah dengan susu.
Puan Eileen hulur tisu untuk Luna lap mulut. “Amboi, dah sakit memilih pula tu. Habis nak apa?”
“Kan best kalau boleh makan continental breakfast. I miss Beerenberg jams and marmalade. Ma, nanti esok bawa, eh?”
Mama senyum. “Boleeeehhh. Nanti mama suruh doktor ganti usus awak dengan batang paip, lepas tu mama bawa la.”
Kejam!
Jam 9 pagi ialah waktu ward round. Walaupun masih terasa sakit namun Luna gagahkan diri untuk duduk. Mama sarungkan tudung awning yang dibawa bersama tadi.
Seorang doktor dan beberapa orang jururawat masuk. Ketua jururawat memegang sebuah fail.
“Luna Munirah Marwan. Suspected gastritis.” Kata ketua jururawat.
Luna Munirah Marwan. Suspected terrorist. Piuuu piuuu piuuu tebabooo!!
“Oh, yes. So semalam tak buat gastroscopy kan? Can we do it today?” tanya doktor itu.
Eh, macam kenal je suara!
Doktor itu sengih. “Hai Munirah.”
“Luna lah.”
Puan Eileen cuit Luna. “Luna, mama keluar dulu tau. Kejap lagi mama masuk.”
Doktor itu. Luna jeling tag nama. Tertulis Dr. Hakim, General Surgeon. Serentak itu Dr. Hakim menyuruhnya berbaring.
Oh, dia lah yang jadi ‘hantu’ malam tadi.
“Sorry ye, saya kena tarik seluar awak ke bawah sikit.”
Dr. Hakim memeriksa abdomen Luna. Malu, siapa tak malu kalau lelaki kacak pegang badan, kan? Nasib baik malu Luna ditutup dengan rasa menyucuk-nyucuk dari dalam. Lagipun ada nurse, tak elok mengorat lelaki depan perempuan lain.
Eh Luna, apa kau fikir ni?
Dr. Hakim tutup semula abdomen Luna yang terdedah itu. Dia mencapai fail dan menulis sebentar sebelum memandang Luna.
“Okey petang nanti buat gastroscophy. Kita check whether perut awak ada bengkak atau ulcer atau segala mak nenek yang lain. Okey? Nurse, this patient is fasting starting from now.”
Angguk.
“Alright. Bye.” Dr. Hakim sempat senyum manis sebelum beredar.
“Bye.”
Hm. Dr. Hakim ye? Ehehehe...
“Luna, mama pergi spa dulu ye. Anything just call mama. Petang nanti mama satang lagi okey?”
“Okey.” Tudung di kepala ditanggalkan.
Mama, segarang mama tetap risau pada anaknya. Macam Luna tak tahu mama ke spa untuk larikan dri dari semua ni. Dia tak nak perasaan takut merajai diri dengan cara menyibukkan diri dengan kerja.
Tapi kadang-kadang Luna rasa mama tak ada perasaan selain marah dan gembira. Mama bukan jenis mak yang akan pujuk anaknya bila anaknya menangis. Bukan juga seorang yang boleh dikongsi masalah.
“Haih...”
“Apa mengeluh ni. Tak baik tau.”
Luna angkat muka. Dr. Hakim sengih. “Sorry I forgot my pen.”
Sorry I forgot to put on my tudung! Sesuka hati Sasuke je dia masuk.
“Oh it’s okay. Saya memang selalu jadi kaunter lost and found.”
Pecah tawa doktor itu. Luna anggap itu hanya ketawa orang stress. Lawak bodoh macam tu pun boleh tergelak.
“So doc, what is that gastro...phhhfftt! I give up.”
“Gastroscopy? Kita masukkan kamera dalam saluran makan awak, sampai ke perut untuk tengok bengkak atau tidak. Kalau tak then it is something else other than gastritis lah. Faham?”
Angguk.
Sebelum Dr. Hakim keluar, dia sempat cakap “Whatever it is, I hope you’ll get well sooner.” 


...bersambung...
 

1.5.11

Luna 4

Hari ni dah masuk hari kelima Luna puasa. Selain niatnya nak ganti puasa yang hanya seminggu itu dia juga nak kuruskan badan. Bosan sungguh mendengar cakap-cakap dari mulut orang yang tak memahami.
Bukan setakat tahan lapar saja, Luna juga bersenam sebelum tidur dan menghadkan pengambilan makanan waktu berbuka puasa. Dia cuma makan buah dan roti bijirin penuh dengan susu kalsium tinggi saja. Dalam lima hari tu terasa juga jeans yang dipakai selama ni makin longgar.
“Eceh kak…makan sikit je. Tak lapar ke?” tegur Encik Marwan masa makan malam.
“Kak Luna diet pa. Dia nak kurus.” Celah Laila ssambil mengunyah isi ayam panggang. “Dah kurus boleh mengorat boyfriend.”
Mata Luna dijengilkan luas-luas pada Laila. Budak ni tak reti jaga mulut langsung. Memang nak kena pelempang. Mama bukannya boleh dengar pasal boyfriend-boyfriend ni. Bukan mama akan gosip anak dia macam mak-mak orang lain. Mama on the other hand, akan kutuk kaw-kaw punya.
“Sape yang buta tu? Tak payah nak boyfriend-boyfriend lagi, Luna. Bisnes pun tak terjaga lagi.”
Tengok!
“Mana ada!” Secebis kulit roti dilempar masuk ke pinggan Laila.
Laila hanya sengih kerang.
Lagu For Your Entertainment nyanyian Adam Lambert mengiringi senaman Luna malam itu. Dia gunakan botol mineral 1.5 liter berisi air sebagai dumbell. Selain itu dia buat sit up dan beberapa pergerakan lain untuk menguatkan otot. Selalunya Luna akan ambil masa sehingga 30 minit untuk senaman. Lepas tu barulah mandi dan tidur.
Tapi malam ni rasa lain macam pula perutnya. Ada sedikit pedih. Luna anggap itu hanya angin. Biasalah orang berpuasa selalunya banyak angin sebab perut tak terisi.
Gigih, Luna! Luna yakin boleh!
Tak sampai 30 minit Luna berhenti. Mengah tiba-tiba.
“Adoiyai. Parah ni. Kena mandi then tidur.”
Hangat hot shower yang membasahi tubuh Luna tak dapat melegakan sakit yang dirasainya tadi. Kali ini rasa loya naik ke tekak. Bila diluah tak keluar apa-apa.
Sah angin!
Selepas pijama disarung, Luna tidur dengan perut yang sakitnya semakin menyucuk-nyucuk.
Jam 3:35 pagi Luna terjaga. Dia capai telefon dan mendail nombor Encik Marwan.
“Pa...sakit...”
Lalu mereka berkejar ke Hospital Pantai.
Luna ditahan di wad kerana disyak menghidapi gastritis atau bengkak pada usus. Doktor perlu periksa dengan lebih teliti. Taku kalau-kalau ada luka atau ulcer yang terbentuk pula.
“Ha tulah mama pesan dari dulu lagi, kurangkan makan yang pedas-pedas. Ini tak, kalau tak ada cili padi tu tak sah! Makan mi goreng pun Luna letak cili padi. Tengok sekarang dah sakit.”
Luna berpaling ke lain. Sudahlah perut dan pedih, telinga pula perit dengar bebelan mama.                     
Papa memegang bahu mama. “Sudahla tu ma, kita balik dulu. Esok kita datang.”
“Ha ah, takpe tinggalkan kak Luna sorang. Dia dah besar. I mean, ‘besar’!” tambah Laila sambil mengembungkan pipinya. “Hantu pun takut nak kacau.”
Syilaka!
Luna membaling sebiji bantal tepat ke muka Laila sebelum adiknya berlalu dan menutup pintu wad satu katil itu sambil ketawa.
“Syilaka punya adik. Tengoklah aku kurus nanti aku takmo mengaku dia sedara. Cis! Cis lagi! Kotor pulak bantal!” Luna melapik kepala dengan lengan untuk menggantikan bantal yang dia baling dan jatuh ke lantai tadi dan cuba melelapkan mata.
Adoi mata, pleaselah tidur! Apalah terkebil-kebil ni? Ish, tak suka sungguh bau antiseptik kat hospital. Dah kata hospital swasta, invest la sikit untuk semburan penyegar udara ke, Ambi Pur ke, kalau sengkek sangat pakai penyegar udara jenama Tesco pun cukuplah. Ini tak...
Kreeekkk...
Makin luas mata Luna terbuka. Dia yang berbaring membelakangi pintu itu tergamam. Teringat segala filem seram Thailand yang selalu ditontonnya.
Mak aai...takkan ada juga ‘benda’ ni kat hospital ni?
Bau wangi menusuk hidung. Makin lama makin kuat.
Ambik kau Luna! Nak sangat bau wangi!
Dadanya berdegup kencang. Terasa kaki tangannya kebas tak boleh bergerak. Kaget!
Kreeeekkk....kreekkkkk!
Sekali lagi bunyi pintu kedengaran. Nak kata ‘benda’ tu dah beredar, bau wangi masih ada!
Sebentar kemudian Luna terasa ada tangan sejuk memegang lehernya. Tanpa menunggu lama Luna yang terkejut, terus terduduk dan  menjerit.
“Aaaaaaaaaaaaaaaaaaarrghh oopphhhhhh!!” tangan sejuk yang sama menutup mulut Luna.
“Syyyyyhht!” satu wajah muncul depan mata. “Saya bukan hantu.”
Luna tutup mulut. Seorang lelaki berkot putih labuh berdiri memegang sebiji bantal. “Nah, bantal yang baru. Ganas betul awak tidur sampai bantal terpelanting ke lantai.”


“Hmm...” baik Luna senyapkan saja kisah dia membaling bantal tadi. “Thanks.”
“Kalau rasa-rasa esok pagi bantal tu pun jatuh, ada lagi satu kat kabinet bahagian atas almari ni, okey?”
Angguk.
“Good night.” Lelaki itu keluar dan menutup pintu.
Cis, buang masa je aku takut!



...bersambung...   (:

21.4.11

Luna 3

Panjang sungguh muncung Natasha. Hari yang sepatutnya dia boleh keluar berdua-duaan dengan Zain dikacau pula dengan kehadiran Soraya. Sudah tu pula, Zain lewat sejam kerana menunggu si kecil itu bersiap mengalahkan tuan puteri.

"You tau kan I tak suka budak-budak? Yang you bawa anak saudara you ni kenapa?"

"Tash, dia kan budak-budak lagi. Saja nak bawa dia jalan-jalan. Lagipun kakak I outstation 2 minggu ni. Lagipun look at her. She's so cute and sweet."

Natasha jeling Soraya. Soraya jeling Natasha balik sambil menjilat aiskrim Baskin Robins. Pegangan tangannya ke lengan Zain makin kejap. Seperti mahu berebut Zain dengan Soraya.

"I tak suka cara dia pandang I! Tengok tu! Dia jeling I tau? Tak hormat orang langsung!"

Tiba-tiba Zain berhenti. Dia mengeluh memandang Natasha. "Okey. You balik sendiri. I dengan Soraya nak pergi tengok wayang."

Soraya sempat berpaling dan jelir lidah pada Natasha bila Zain memimpinnya pergi, meninggalkan model itu tercengang seorang diri.

Soraya


...bersambung...

*yeye pendek sangat sorry tak lama nanti sambung lagi :D

17.3.11

Luna 2

Kapten Megat Zain Azrai memandu pulang ke Bangsar dari KLIA setelah penat bertugas sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan tempatan. Tak sabar dia nak bercuti selama seminggu. Mujur cutinya diluluskan. Dia memang perlu lari dari kerja sebentar sebab dah lama dia tak dapat luangkan masa dengan keluarganya. Terutamanya si Soraya yang berumur tiga tahun lebih.
Sampai di rumah semi D nombor 5 di Bangsar South, dia membelok ke porch. Pulangnya disambut kucing-kucing kesayangan yang mengiau dari dalam sangkar. Seekor Himalayan bernama Kullu dan seekor lagi British Shorthair warna kebiruan dipanggil Alfred.
“Hello Kullu, Fred. How do you do? Miss me, hm?” dia buka sangkar dan bermain-main dengan kedua-dua ekor kesayangannya itu.
Zain tengok keliling. Kereta Mini Cooper emaknya tiada. Mungkin masih di kelas agama di Desa Sri Hartamas pagi-pagi begini. Lexus RX ayah haruslah di pejabat.
Baguslah. Boleh tidur tanpa gangguan. Ah penatnya lepas terbang dari Azerbaijan.
Dia naik ke bilik. Lepas memecat uniform dan memakai seluar pendek, Zain merebahkan diri ke katil. Baru saja dia nak lelap, telefon bimbitnya dah menyanyi lagu Right Round.
Natasha calling…
Dengan malas dia menyambut panggilan tersebut.
“Hello. I mengantuk, I nak rehat la Tash. Boleh tak you call petang karang ke?”
“Ala you ni sesekali I call pun tak boleh.” Suara halus di hujung talian semacam merajuk. “Dahlah nak jumpa pun payah.”
Zain menghela nafas. “Hm…kenapa?”
“Salah ke I call tanya khabar lelaki yang I sayang?”
Aku dah jawab dah pun tadi kan?
“Lagi?” Jam Sotirio Bvlgari dengan kemasan platinum di pergelangan tangan ditanggalkan dan diletak ke meja sisi.
“Esok kita jumpa nak? I nak pergi spa. Kawan-kawan I semua dah try spa tu, okey?”
Zain picit dahi. Kalaulah dia tahu Natasha menjengkelkan macam ni sumpah dia tak ingin bertemankan model jenama pakaian haute couture terkenal tempatan itu. Baik dia sendirian lebih bagus.
“Okey. Jumpa you pukul 11. I ambil you kat rumah.”
“Ala pukul 9 la. Okey sayang?”
“Okeeey…”
Terus telefon bimbit itu dimatikan terus. Sebiji bantal ditekup ke matanya.
Okeylah dunia. Tidur dulu.
######

Soraya masuk ke rumah dengan menggendong beg Hello Kitty merah jambu, diikuti neneknya yang lengkap berjubah hitam dengan tudung warna sedondon. Cucu Datin Tengku Hanum itu terus masuk ke dapur dan membuka peti ais. Sebotol susu perisa strawberi dikeluarkan dan berlari semula mendapatkan neneknya.
“Tok Ma, bukak plish.”
Datin Tengku Hanum mengambil botol itu dari tangan Soraya dan membukakan penutup aluminium.
“Meh Tok Ma rasa dulu, kot-kot basi,” saja wanita berusia tengah 50an itu cakap sebelum meminum susu itu hampir suku botol.
“Ala, Tok Ma tipu Aya…”
Datin Tengku Hanum ketawa melihat muka cucu sulungnya berubah masam. Soraya budak yang bijak dan petah bercakap. Anak kecil itu juga manja dengan Zain.
Eh Zain! Kereta ada kat luar. Tapi senyap je. Selalunya melalak dengan lagu-lagu jazz.
“Tok Ma, mana In?”
“Bukan In la Aya. Uchu.”
“Uchu mana?”
Wanita itu pandang ke tingkat atas. “Dalam bilik dia kot. Dia tidur kot, Aya. Jangan kacau Uchu ye, dia penat baru balik kerja. Jom ikut Tok Ma masak.”
“Okey.”
Tak sampai lima minit berada di dapur, Soraya berlari naik ke tingkat atas dan membuka pintu bilik Zain. Terus dia lompat ke atas katil Zain tapi melihat Zain tidur lena, Soraya berbaring di sebelah.
“Tido…baby tido…” dia tepuk-tepuk lengan Zain.
“WAAAARGHH! Baby tak tidur, baby serang Soraya!!” Zain bangun secara mengejut dan memeluk anak saudaranya itu.
Terkekeh-kekeh budak itu ketawa disakat begitu. “Uchu ni! Geli!”
Reda tawa mereka, Zain mendukung Soraya ke tingkat bawah. “Mak, baru balik ke?”
“Ye. Lewat sikit sebab ajak ustazah tu makan. Zain balik pukul berapa?”
“Tadi pukul 10 lebih sampai.”
“Ni balik berapa lama pulak ni?”
“Seminggu. Zain minta cuti.”
Datin Tengku Hanum senyum. “Boleh mak bawa Zain jumpa Zalinda.”
“Mak please. Kita dah bincang kan?” Soraya diletak ke bawah. “I’m so not ready.”
“Sampai bila lah Zain nak membujang? Mak tak berkenan langsung dengan Natasha tu.”
Zain pun, mak. Jangan risau.
“Sampai bidadari turun dari kayangan lah.”


...BERSAMBUNG LAH...

7.3.11

Luna 1

Pagi-pagi Luna bermula awal. Dia akan bangun jam 6 pagi dan mandi sebelum solat Subuh. Lepas tu berebut sterika dengan adiknya Laila yang nak ke sekolah. Setiap hari juga mereka dibebel oleh Puan Eileen sebab tak gosok baju awal-awal. Sambil membebel itu sempat juga wanita berusia hujung 40an itu lambakkan sepasang bajunya untuk digosok sekali.
Luna baru saja graduate dari sebuah IPT, kursus Seni Kulinari. Selepas membuat keputusan tak mahu bekerja di hotel, dia buka kafe di spa milik mamanya, Puri Belayu. Sebab dah bergelumang dengan dunia masakan sejak kecil Luna dah terbiasa dengan kerja-kerja di dapur. Tak payah gajikan pekerja ramai-ramai, Luna boleh uruskan kafe itu dengan seorang pembantu. Dia juga dah masak sangat dengan perangai manusia yang pelbagai. Dari semesra VVIP sampailah ke sesombong pramugari Luna dah pernah layan.


Ce Komen. Ce Komen.