1.5.11

Luna 4

Hari ni dah masuk hari kelima Luna puasa. Selain niatnya nak ganti puasa yang hanya seminggu itu dia juga nak kuruskan badan. Bosan sungguh mendengar cakap-cakap dari mulut orang yang tak memahami.
Bukan setakat tahan lapar saja, Luna juga bersenam sebelum tidur dan menghadkan pengambilan makanan waktu berbuka puasa. Dia cuma makan buah dan roti bijirin penuh dengan susu kalsium tinggi saja. Dalam lima hari tu terasa juga jeans yang dipakai selama ni makin longgar.
“Eceh kak…makan sikit je. Tak lapar ke?” tegur Encik Marwan masa makan malam.
“Kak Luna diet pa. Dia nak kurus.” Celah Laila ssambil mengunyah isi ayam panggang. “Dah kurus boleh mengorat boyfriend.”
Mata Luna dijengilkan luas-luas pada Laila. Budak ni tak reti jaga mulut langsung. Memang nak kena pelempang. Mama bukannya boleh dengar pasal boyfriend-boyfriend ni. Bukan mama akan gosip anak dia macam mak-mak orang lain. Mama on the other hand, akan kutuk kaw-kaw punya.
“Sape yang buta tu? Tak payah nak boyfriend-boyfriend lagi, Luna. Bisnes pun tak terjaga lagi.”
Tengok!
“Mana ada!” Secebis kulit roti dilempar masuk ke pinggan Laila.
Laila hanya sengih kerang.
Lagu For Your Entertainment nyanyian Adam Lambert mengiringi senaman Luna malam itu. Dia gunakan botol mineral 1.5 liter berisi air sebagai dumbell. Selain itu dia buat sit up dan beberapa pergerakan lain untuk menguatkan otot. Selalunya Luna akan ambil masa sehingga 30 minit untuk senaman. Lepas tu barulah mandi dan tidur.
Tapi malam ni rasa lain macam pula perutnya. Ada sedikit pedih. Luna anggap itu hanya angin. Biasalah orang berpuasa selalunya banyak angin sebab perut tak terisi.
Gigih, Luna! Luna yakin boleh!
Tak sampai 30 minit Luna berhenti. Mengah tiba-tiba.
“Adoiyai. Parah ni. Kena mandi then tidur.”
Hangat hot shower yang membasahi tubuh Luna tak dapat melegakan sakit yang dirasainya tadi. Kali ini rasa loya naik ke tekak. Bila diluah tak keluar apa-apa.
Sah angin!
Selepas pijama disarung, Luna tidur dengan perut yang sakitnya semakin menyucuk-nyucuk.
Jam 3:35 pagi Luna terjaga. Dia capai telefon dan mendail nombor Encik Marwan.
“Pa...sakit...”
Lalu mereka berkejar ke Hospital Pantai.
Luna ditahan di wad kerana disyak menghidapi gastritis atau bengkak pada usus. Doktor perlu periksa dengan lebih teliti. Taku kalau-kalau ada luka atau ulcer yang terbentuk pula.
“Ha tulah mama pesan dari dulu lagi, kurangkan makan yang pedas-pedas. Ini tak, kalau tak ada cili padi tu tak sah! Makan mi goreng pun Luna letak cili padi. Tengok sekarang dah sakit.”
Luna berpaling ke lain. Sudahlah perut dan pedih, telinga pula perit dengar bebelan mama.                     
Papa memegang bahu mama. “Sudahla tu ma, kita balik dulu. Esok kita datang.”
“Ha ah, takpe tinggalkan kak Luna sorang. Dia dah besar. I mean, ‘besar’!” tambah Laila sambil mengembungkan pipinya. “Hantu pun takut nak kacau.”
Syilaka!
Luna membaling sebiji bantal tepat ke muka Laila sebelum adiknya berlalu dan menutup pintu wad satu katil itu sambil ketawa.
“Syilaka punya adik. Tengoklah aku kurus nanti aku takmo mengaku dia sedara. Cis! Cis lagi! Kotor pulak bantal!” Luna melapik kepala dengan lengan untuk menggantikan bantal yang dia baling dan jatuh ke lantai tadi dan cuba melelapkan mata.
Adoi mata, pleaselah tidur! Apalah terkebil-kebil ni? Ish, tak suka sungguh bau antiseptik kat hospital. Dah kata hospital swasta, invest la sikit untuk semburan penyegar udara ke, Ambi Pur ke, kalau sengkek sangat pakai penyegar udara jenama Tesco pun cukuplah. Ini tak...
Kreeekkk...
Makin luas mata Luna terbuka. Dia yang berbaring membelakangi pintu itu tergamam. Teringat segala filem seram Thailand yang selalu ditontonnya.
Mak aai...takkan ada juga ‘benda’ ni kat hospital ni?
Bau wangi menusuk hidung. Makin lama makin kuat.
Ambik kau Luna! Nak sangat bau wangi!
Dadanya berdegup kencang. Terasa kaki tangannya kebas tak boleh bergerak. Kaget!
Kreeeekkk....kreekkkkk!
Sekali lagi bunyi pintu kedengaran. Nak kata ‘benda’ tu dah beredar, bau wangi masih ada!
Sebentar kemudian Luna terasa ada tangan sejuk memegang lehernya. Tanpa menunggu lama Luna yang terkejut, terus terduduk dan  menjerit.
“Aaaaaaaaaaaaaaaaaaarrghh oopphhhhhh!!” tangan sejuk yang sama menutup mulut Luna.
“Syyyyyhht!” satu wajah muncul depan mata. “Saya bukan hantu.”
Luna tutup mulut. Seorang lelaki berkot putih labuh berdiri memegang sebiji bantal. “Nah, bantal yang baru. Ganas betul awak tidur sampai bantal terpelanting ke lantai.”


“Hmm...” baik Luna senyapkan saja kisah dia membaling bantal tadi. “Thanks.”
“Kalau rasa-rasa esok pagi bantal tu pun jatuh, ada lagi satu kat kabinet bahagian atas almari ni, okey?”
Angguk.
“Good night.” Lelaki itu keluar dan menutup pintu.
Cis, buang masa je aku takut!



...bersambung...   (:

2 comments:

aiscream cokolat said...

arrrghhhh!!!! cik anon xcitednye nk taw ap jd next n3...

semakin menarik la ceghita ni...

Cik Anon said...

aiscream cokolat: akan post! :D thank you

Ce Komen. Ce Komen.